Sunday, May 27, 2012

Apakah Maksud VPN?

Rangkaian persendirian maya (virtual private network, VPN)


Sebuah rangkaian persendirian maya (virtual private networkVPN) ialah sebuah 
rangkaian yang menggunakan insfrastruktur telekomunikasi awam, seperti Internet
untuk membekalkan pejabat-pejabat jarak jauh atau pengguna persendirian dengan 
capaian selamat terhadap rangkaian organisasi mereka. Tujuannya adalah untuk 
mengelakkan sistem talian bermilik atau berpajak yang mahal tetapi boleh digunakan 
untuk satu organisasi sahaja. Matlamat VPN adalah untuk membekalkan organisasi 
terbabit dengan kebolehan selamat yang sama tapi dengan kos yang lebih rendah. 
Ia mengkapsulkan pindahan data antara dua atau lebih peranti rangkaian yang tidak 
berada pada rangkaian persendirian yang sama dengan tujuan supaya data yang 
dipindahkan kekal sulit daripada peranti-peranti lain pada satu atau lebih rangkaian 
kawasan setempat atau luas yang berselang.


















No comments: